Sunday, April 11, 2010

The Odds





Tahukah anda, beberapa minggu lepas saya dengan agak random, telah melawat beberapa photoblog. Kebanyakannya tentang perkahwinan. (Saja suka-suka. Untuk mengkaji teknik-teknik mengambil foto. Jangan buat konklusi ya). Dan beberapa gambar telah menarik perhatian saya dan disimpan dalam hard disk otak saya. Beberapa hari selepasnya, saya, Diana, dan Syiqin telah pergi ke Port Dickson. Dan alangkah terkejutnya saya apabila dalam tempoh 'percutian' itu saya terserempak dengan dua pasangan yang saya telah lihat dengan jelasnya dalam gambar-gambar kahwin tersebut, pada tempat dan masa berbeza. Mereka ini saya cam sangat kerana salah satu pasangan tersebut, suaminya berbangsa Cina manakala isterinya Melayu. Pasangan satu lagi pula kerana, isterinya berpakaian sangat simple pada hari perkahwinannya dan dia kelihatan sangat ayu dan cantik. Jadi, saya benar-benar pasti meraka itu adalah orang-orang yang saya lihat dalam photoblog. Sudah pasti lah, mereka tidak mengenali saya, tetapi saya rasa seperti hendak pergi kepada mereka dan bercakap sesuatu. Mungkin, "Eh, I saw your wedding photos the other day!". Tapi mungkin mereka akan tersilap faham bahawa saya adalah stalker yang mengikut mereka ke tempat berbulan madu. Jadi, saya hanya terkejut dalam hati sahaja.





Terdapat tiga kesimpulan yang saya dapat buat dari insiden ini;

Pertama: Dunia ini sungguh kecil. Tetapi manusia suka mengagungkan dunia. Rasa seperti ia adalah segala. Lupa bahawa alam akhirat yang sebenar-benarnya luas, menanti di sana.

Kedua: Takdir. Jika sudah ditakdirkan ketemu, jauh atau dekat, lama atau sekejap, pasti akan bertemu juga. Allah yang Maha Kuasa sudah tetapkan segala, manusia yang kerdil tiada kuasa.

Ketiga: Mungkin Port Dickson merupakan tempat yang menarik untuk berbulan madu.







6 comments:

  1. ahahaha. azie sgt comel.

    tp ur conclusion, is true :) very.

    ReplyDelete
  2. azie,, pengalamn azie mcm menarik sokmo jah~ =)

    ReplyDelete
  3. Tedy: hehee Tedy pun comel gak. :)

    Kema: pengalaman kema pun menarik sokmo :P

    Wanie: Ohhh! Amin! :P

    ReplyDelete
  4. I found the conclusions as remarkable (esp the 3rd one which has power to tickle my funny bone). Azie, I think you should let the lovebirds know that you admire them. It's always nice to be appreciated right?

    ReplyDelete
  5. Ibrahim: I think I will, one fine chirping day. :) Thanks Ibrahim.



    Oh my, spam comments! Looks like I have to start using word verifications. Sorry guys. Hafta. :(

    ReplyDelete